Hormon merupakan sejenis protein yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin dan diangkut oleh darah ke dalam organ. Hormon pertumbuhan diperlukan bukan saja untuk pertumbuhan tetapi ia juga diperlukan untuk mengatur beberapa fungsi badan.
Jumlah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adalah berbeda dari waktu ke waktu. Dari awal anda dilahirkan sehingga sekarang, hormon telah mengatur kadar pertumbuhan anda.
Secara alaminya, hormon petumbuhan dibebakan sepanjang 24 jam oleh kelenjar pituitari anda. 50% dari jumlah hormon pertumbuhan anda dibebaskan ketika waktu tidur 4 jam pertama . Selebihnya dibebaskan bergantung kepada:
* Suhu badan anda (peningkatan suhu badan menggalakkan penghasilan hormon ini)
* Tahap glukosa dalam darah (semakin rendah tahap glukosa, semakin tinggi penghasilan hormon ini)
* Kehadiran asam amino dalam badan anda
* latihan fisikl (senaman)
* pemakanan
Miskipun tidur merupakan penggalak utama dalam penghasilan hormon pertumbuhan, aktivitas latihan fisikl turut memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon ini. Mengikut fakta, penghasilan hormon ini lebih tinggi ketika kita bersenam berbanding ketika anda tidur.
Tahukah anda semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan hormon pertumbuhan. Penghasilan pertumbuhan semakin berkurang apabila anda berusia antara 20-30 tahun. Penelitian telah menunjukkan hormon ini berada di tahap puncak ketika anda berusia sekitar 20 tahun dan turun mendadak ketika anda menghampiri usia 40 tahun dan seterusnya mencapai tahap uzur.
Sistem badan kita masih menghasilkan hormon ini ketika usia kita bertambah namun ia tidak dapat mengalirkan lebih banyak hormon ini ke dalam aliran darah.


Komentar Terakhir